Ketibaan Vaksin Covid-19 di Malaysia

Ketibaan Vaksin Covid-19 di Malaysia
Kuala Lumpur, MTN – Vaksin dalam menangani wabak COVID-19 akan mendarat di bumi Malaysia hari ini.
Setelah lebih setahun negara berperang dengan pandemik yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini, detik bersejarah ini dijangka berlaku kira-kira 10 pagi apabila kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo).
Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu akan disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Berikut adalah perkembangan terkini ketibaan vaksin tersebut”
8.28 am: Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah tiba di ACC, KLIA.
7.45am: Pengamal media menaiki bas ke Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi membuat liputan ketibaan 312,390 dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
-Bernama
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



