Anwar: Konflik Dalaman PKR Melaka Selesai | Malaysia News

Anwar: Konflik Dalaman PKR Melaka Selesai

Anwar: Konflik Dalaman PKR Melaka Selesai

Konflik dalaman PKR Melaka berhubung pelantikan pengerusinya sebagai senator telah selesai, menurut Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan pertemuan antara Pengerusi PKR Melaka Halim Bachik dengan dua exco negeri, Ginie Lim dan Jailani Khamis, di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Pertemuan itu usulan ketiadaan Lim dan Jailani di Dewan Undangan Negeri Melaka pada Isnin lalu, sebelum pengundian untuk melantik Halim sebagai senator.

Anwar berkata kedua-dua adun itu juga telah memberi penjelasan dan memohon maaf kerana menyebabkan kekeliruan wujudnya masalah dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka.

“Mereka mahu ikut proses yang betul dan sokongan mereka kepada kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Adlu Zahari tidak berbelah bahagi.

“Mengenai isu senator, yang pada mulanya dicadangkan Halim (dilantik), ia dintangguh mengikut jadual (sidang DUN).

“Perkara itu akan ikut proses perbincangan dalam parti, dan tak perlu disegerakan kerana sidang DUN (seterusnya) hanya akan berlangsung Mac depan,” kata Anwar.

Pada masa sama PKR Melaka semalam mengeluarkan kenyataan untuk mendesak lembaga disiplin parti itu mengambil tindakan tegas terhadap Lim dan Jailani.

Menurut Ketua Penerangan PKR Melaka Mohammad Shariff Md Isa, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat majlis pimpinan negeri (MPN) pada 25 November lalu.

“Tindakan mereka telah mencemarkan imje PKR dan Anwar sebagai presiden parti, seterusnya mencemarkan imej kerajaan PH.

“Maka MPN Melaka sebulat suara mendesak agar lembaga disiplin mengambil tindakan tegas dan sewajarnya kepada mereka bagi menghormati keputusan MPN,” katanya lagi.

MalaysiaKini

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply