Kreatif Cheetah Malaysia - Fast Fesyen 2022 | Malaysia News

Kreatif Cheetah Malaysia – Fast Fesyen 2022

Kreatif Cheetah Malaysia - Fast Fesyen 2022 - Jovian Mandagie

Kreatif Cheetah Malaysia – Fast Fesyen 2022

Kuala Lumpur – Diinspirasikan daripada gaya dan suasana acara terkemuka tenis Eropah, Kejohanan Wimbledon, koleksi terbaharu jenama Cheetah sentuhan Jovian Mandagie menyaksikan kembalinya era glamazon fesyen 90-an.

Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia, Datuk Jovian Mandagie berkata, koleksi terbaharu Cheetah Musim Panas dan Bunga 2022 ini menggabungkan fesyen dan keselesaan yang sempurna bagi lelaki, wanita serta kanak-kanak bersama pemilihan material mengagumkan selain sentuhan palet warna campuran ‘fusion’.

“Koleksi ini menandakan permulaan baharu hala tuju reka bentuk Cheetah dalam usaha syarikat memperbaharui koleksi pakaian yang berkonsepkan lebih segar, sesuai dengan trend ‘fast fashion’ terkini.

“Rekaan diperkenalkan ini turut menunjukkan minat jenama dalam menumpukan usaha mendekati golongan bandar dan terus menarik minat pelanggan sedia ada serta segmen pasaran berpotensi,” katanya.

Pertunjukan fesyen berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur itu, menyaksikan sebanyak 200 rekaan Cheetah Malaysia Summer/ Spring 2022 yang sesuai dengan trend ‘fast fashion’.

Menurut Jovian, kombinasi fesyen pakaian sukan dan jalanan (street fashion) kini mengubah gaya ‘athleisure’ di Malaysia dan rekaan bagi koleksi ini diyakini menawarkan pendekatan malar dan sentiasa relevan dengan kehidupan semasa.

“Kami bekerja keras dalam menghasilkan koleksi ini demi memastikan ia mencapai tahap kesempurnaan yang disasarkan terutamanya buat golongan millennial.

“Melalui koleksi ini juga, kami ingin meningkatkan semangat ‘menyokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai orang menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak jenama yang hebat di negara ini untuk dibanggakan,” ujarnya.

Kreatif Cheetah Malaysia - Fast Fesyen 2022 - Jovian Mandagie

Jovian turut berkongsi bahawa kolaborasi bersama Cheetah itu memberi nilai sentimental buatnya apabila mengenang kembali memori zaman kanak-kanak beliau memakai pakaian jenama Cheetah bagi aktiviti sekolah.

“Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun lalu yang mana ibu saya membelikan pakaian Cheetah pertama untuk kelas Pendidikan Jasmani.

“Saya berasa sangat seronok memakai pakaian berjenama buat kali pertama dan saya masih ingat lagi saya berasa sangat bangga memakai Cheetah pada ketika itu,” jelasnya. [AA]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply