Kronologi Gangguan Bekalan Elektrik Di Malaysia | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652
Gangguan Bekalan Elektrik Malaysia 2022

Kronologi gangguan bekalan elektrik di Malaysia

Kuala Lumpur – Berikut adalah kronologi insiden gangguan bekalan elektrik utama yang pernah berlaku dalam negara sejak 1992.

29 Sept 1992

Gangguan bekalan elektrik terbesar apabila seluruh Semenanjung Malaysia ‘bergelap’ selama 48 jam apabila kilat merosakkan rangkaian utama di timur Malaysia, menjejaskan stesen-stesen janaelektrik di Semenanjung.

Kejadian itu menjejaskan 18 juta pengguna dan mengakibatkan kerugian perniagaan berjumlah RM220 juta.

3 Ogos 1996

Hampir seluruh Semenanjung mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 5.18 petang menyebabkan keadaan kelam-kabut terutama di kawasan bandar.

Gangguan elektrik itu berlaku serentak di kebanyakan negeri dan dipercayai berpunca daripada kerosakan di Stesen Janakuasa Elektrik Paka, Terengganu.

Gangguan bekalan elektrik kedua terbesar berlaku itu dikenali sebagai ‘Black Friday’ yang menyebabkan ‘huru-hara dan kelam-kabut’ di pusat-pusat bandar kerana ia berlaku pada 5.17 petang ketika pekerja dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ramai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas teruk dan bekalan elektrik hanya pulih pada kira-kira 8.30 pagi keesokannya.

1 Sept 2003

Lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan mengalami gangguan elektrik selama empat jam sejak pukul 10 pagi sehingga bekalan dipulihkan semula pada kira-kira 2 petang.

Kejadian itu dilaporkan kerana masalah teknikal apabila talian penghantaran bekalan elektrik antara Bukit Beruntung di Rawang dan Batu Gajah di Perak terpelantik ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

13 Jan 2005

Gangguan bekalan elektrik berlaku pada 12.16 tengah hari pada hari tersebut telah menyebabkan beberapa negeri di selatan Semenanjung iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik dan berjaya dipulihkan secara berperingkat sejak pukul 1.40 tengah hari.

Kawasan terakhir dipulihkan ialah Kluang, Johor pada 5 petang.

27 Jun 2013

Berlaku gangguan bekalan elektrik terputus membabitkan hampir keseluruhan Sarawak termasuk Kuching yang berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada 5.40 petang.

27 Julai 2022

Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus ketika ini.
Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Beberapa pusat beli-belah di ibu negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Astro AWANI difahamkan bekalan elektrik dilapor terputus sekitar 12.50 tengah hari Rabu.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, beberapa negeri turut dilaporkan terjejas seperti:
Kedah: Alor Setar, Sungai Petani
Negeri Sembilan: Nilai, Seremban
Pahang: Kuantan, Pekan

[AA]

Facebook Comments