Bekalan Beras Negara kekal stabil, mampu tampung keperluan rakyat
Bekalan Beras Negara kekal stabil, mampu tampung keperluan rakyat
Kuala Lumpur – Tidak dapat disangkal peningkatan harga barangan dan juga gangguan dalam rantaian bekalan membabitkan beberapa jenis barang keperluan seperti minyak masak dan telur ayam yang kini dihadapi negara meresahkan pengguna.
Ditambah pula ada badan dunia yang tidak putus-putus memberi ingatan tentang ancaman krisis makanan yang berpotensi dialami oleh kebanyakan negara, jika beberapa isu semasa termasuk perubahan iklim dan konflik Rusia-Ukraine, iaitu negara “bakul makanan dunia”, tidak ditangani dengan baik pada kadar segera.
Mungkin bersandarkan situasi berkenaan, ada segelintir yang tertanya-tanya tentang bekalan beras negara memandangkan Malaysia masih perlu mengimport sebahagian daripada makanan ruji rakyat itu untuk menampung keperluan domestik.
Tidak perlu bimbang, demikian jawab Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee baru-baru ini yang menjelaskan bekalan beras negara kekal stabil dan mampu menampung keperluan rakyat sekalipun berlaku kecemasan.
Menurut MAFI, hal itu dapat dilihat semasa kemuncak penularan pandemik Covid-19 apabila ada negara mengalami gangguan bekalan makanan utama mereka, namun bekalan beras Malaysia kekal stabil.
Bukan sahaja mudah didapati, harga beras negara juga adalah yang terendah dalam kalangan negara ASEAN termasuk pengeksport beras dunia seperti Thailand dan Vietnam yang masing-masing pada harga RM2.70 dan RM3.34 sekilogram berbanding Malaysia hanya RM2.60.
Menurut MAFI, pengeluaran padi dan beras negara semasa mampu menampung 70 peratus keperluan domestik dengan bakinya diimport antaranya dari Vietnam, Thailand, India dan Pakistan.
Sekalipun begitu, menurut Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Bahagian Pembangunan Industri Padi MAFI, Azman Mahmood, stok dagangan beras negara sentiasa stabil pada kadar 600,000 hingga 700,000 tan pada satu-satu masa. [SH]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka