‘Langkah Seri Pacific’ Gerakan Jahanamkan UMNO - Puad | Malaysia News
September 18, 2021
Puad Zarkashi

‘Langkah Seri Pacific’ gerakan jahanamkan UMNO – Puad

MTN – Selepas “Langkah Sheraton” berjaya menubuhkan kerajaan “tebuk atap” kini muncul pula “Langkah Seri Pacific” yang menyasarkan pemimpin Umno, dakwa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Puad Zarkashi.

Beliau mendakwa gerakan itu melibatkan orang luar parti dan dibantu “musuh dalam selimut” Umno.

Semalam, Puad mendedahkan berlaku satu pertemuan antara tiga Ahli Parlimen Umno di hotel bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn selepas sidang media presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi pada petang Selasa lalu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin.

“Kita biasa dengar ‘Langkah Kajang’ dan ‘Langkah Sheraton’. Langkah Sheraton memang berjaya. Terduduk Tun M (Dr Mahathir Mohamad).

Advertisement

“Sekarang ini ada pula ‘Langkah Seri Pacific’. Targetnya ialah Umno. Siapa terlibat? Berapa banyak duit? Apakah ada ‘scheme of things’? Siapa pemimpin Umno yang kerap ke situ,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau juga mempersoalkan sama ada “Langkah Seri Pacific” digerakkan untuk menjahanamkan Umno dan mendakwa “Langkah Sheraton” diupah untuk menjayakannya.

“Semua ini berlaku kerana depan cakap lain, belakang cakap lain. Mereka tipu parti. Tipu ahli parti. Ini musibah bila dapat jawatan,” katanya.

Selasa lalu, Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri. [FMT]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •