Cukup Majoriti, Najib: Kenapa Tunggu Bulan September?

Cukup Majoriti, Najib: Kenapa Tunggu Bulan September?
Kuala Lumpur, MTN – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sokongan majoriti Ahli Parlimen yang dimiliki Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.
Malah bekas Perdana Menteri itu juga pelik kenapa Muhyiddin hanya akan mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sesi Parlimen bulan September depan sedangkan beliau mendakwa memiliki sokongan Ahli Dewan Rakyat yang mencukupi.
Ini kerana jelas Ahli Parlimen Pekan itu, ketika ini ramai Ahli Parlimen bebas bergerak ke sini sini dan mesyuarat setiap malam di rumah Muhyiddin.
“Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti. Dia kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia. Ingat. Dia kata 8 sahaja.
“Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti. Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi Parlimen bulan September. Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos?
“Sebab Covid masih serang parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam Parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah,” tulisnya di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini.
Najib turut mempertikaikan kenyataan Muhyiddin yang mendakwa Ahli Parlimen yang menarik sokongan kepadanya adalah mereka yang berdepan kes mahkamah dan mahu ia digugurkan.
“Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawan dia.
“Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain,” tulisnya.[MG]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri