Lee Yoo Mi – Saya orang yang dipenuhi dengan sifat ingin tahu
Lee Yoo Mi – Saya orang yang dipenuhi dengan sifat ingin tahu
Pelakon Korea, Lee Yoo Mi tidak kisah dikecam kerana watak antagonisnya sebagai Lee Na Yeon dalam drama siri popular Netflix, All Of Us Are Dead.
Sebaliknya kata Yoo Mi, perkara itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik.
“Saya adalah seorang yang dipenuhi dengan sifat ingin tahu. Jika saya rasa nak tahu, saya akan membaca kesemua respon mereka.
“Saya tidak ambil hati atau terasa dengan komen-komen negatif. Sebenarnya saya rasa lebih gembira apabila dibenci.
“Sebab bagi saya, jika dibenci maknanya saya sudah berjaya membawakan watak lakonan saya dengan baik.
“Mungkin ia kedengaran agak jahat sebab saya gembira tetapi sesungguhnya memang ada satu rasa kegembiraan dalam diri. Macam apabila saya lihat kembali lakonan sendiri, saya rasa lega,” katanya dalam temu bual bersama Hankook Ilbo.
Kepada yang belum menonton, saksikan All of Us Are Dead secara eksklusif di Netflix.
All Of Us Are Dead mengisahkan tentang situasi ekstrim yang berlaku apabila sebuah sekolah menengah dijangkiti virus zombi dan mereka yang berada di luar cuba menyelamatkan pelajar yang terperangkap di dalam.
Drama ini memperlihatkan kekuatan jiwa mereka yang berjuang untuk hidup sehingga akhir hayat dengan ruang yang terhad.
Selain itu, drama ini juga menunjukkan sifat dan sikap manusia yang tersembunyi muncul apabila mereka dipaksa untuk melakukan sesuatu dalam situasi yang mengerikan.
Berdasarkan webtoon popular dengan judul yang sama, drama adaptasi ini diarahkan oleh Lee Jae Gyu. [AA]