Madammu Ratu ‘Live’ Noir ke pentas Anugerah Juara Lagu – AJL36
Madammu Ratu ‘Live’ Noir ke pentas Anugerah Juara Lagu – AJL36
Syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd melangkah menjadi penaja utama penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) Edisi Ke-36 malam ini dipancarkan secara langsung di TV3.
Penajaan itu menjadi penanda aras baru buat jenama berkenaan terutama pengasasnya sendiri, Eriyca Baiduri atau Madammu yang selama ini begitu ‘mesra’ di media sosial menerusi sesi lintas langsung atau ‘live’ diadakan.
Terkenal dengan celoteh loghat Pantai Timurnya, wanita kepada tiga cahaya mata itu konsisten membuat ‘live’ di media sosial bagi mengukuhkan jenama termasuk sudah membantu puluhan ribu wanita menjana pendapatan dengan berniaga.
Kesungguhan dan dedikasi wanita lulusan Diploma dalam Penjagaan Diri dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di sebuah universiti tempatan ini mencetuskan inspirasi ramai menerusi jenama produk Noir apabila ribuan menonton ‘live’ dibuatnya.
“Sesuatu yang tak pernah saya bayangkan bagi syarikat kecil seperti kami menjadi penaja program hiburan yang mengangkat karya ciptaan anak tempatan. 2022 mencatat sejarah peribadi buat saya dan syarikat. Saya sendiri anak kelahiran Terengganu yang mahu terus berjaya serta membantu anak tempatan menjana pendapatan.
“Minat saya mengadakan ‘live’ di Facebook (FB) dari rumah sendiri bertitik tolak kepada semangat berkongsi tips kecantikan. Kadang-kadang celoteh saya ‘merebak’ kepada topik lain hinggalah memasak serta gaya hidup. Kalau saya memasak sambil berceloteh pun ramai masuk ‘live’ di FB untuk menontonnya.
“Seiring dengan kualiti produk dihasilkan daripada bahan premium, halal, selamat dan semula jadi, saya timbulkan kepercayaan ramai terhadap jenama sekali gus menarik pembeli berpotensi. Produk Noir Beauty Essense antara yang laris macam goreng pisang panas dan mendapat permintaan tinggi,” katanya.
Katanya, sebagai jenama 100 peratus milik bumiputera beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, penajaan bagi acara itu dilihat tepat untuk terus memperkenal dan menyebarluas kewujudan rangkaian produk dimiliki.
“Tambah pula acara itu ditonton seisi keluarga termasuk golongan wanita yang bergelar suri rumah. Ia antara program hiburan yang ditunggu-tunggu di Malaysia. Golongan suri rumah itu sendiri khalayak sasaran kami.
“Peluang sebegini bukan datang selalu. Tentunya penajaan ini menjadi ruang terbaik mengetengahkan jenama kami sebagai jenama dipercayai ramai. Ini umpama permulaan atau batu loncatan kepada kami untuk menembusi pasaran antarabangsa. Tambah pula acara itu juga boleh distrim di seluruh pelusuk dunia.
“Besar harapan saya juga untuk melihat jenama ini juga disenaraikan di dalam bursa saham. Begitu juga untuk tawaran awam permulaan (IPO) terbitan saham baru. Impian ini antara sasaran paling utama yang mahu dicapai dan dipermudahkan,” katanya.
Penonton AJL36 dan orang ramai yang menyaksikan acara gemilang itu malam ini akan turut disajikan dengan slot peraduan dan hadiah istimewa. [MG]
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka