Mahathir: Kerajaan tak kukuh, Muhyiddin patut letak jawatan

Mahathir: Kerajaan tak kukuh, Muhyiddin patut letak jawatan
Putrajaya, MTN – Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menolak nasihatnya untuk meletak jawatan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya tidak kukuh.
“Nasihat sudah bagi, yang payah nasihat tak nak dengar. Itu jadi masalah.
“Kamu tak nampak kukuh, “resign (letak jawatan) lah,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Mahathir berkata pergolakan melibatkan Umno dan PPBM pimpinan Muhyiddin yang berlaku sekarang, memang sudah dijangka.
Beliau berkata Muhyiddin menolak nasihatnya untuk bekerjasama dengan Umno semasa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.
“Saya memberitahu Muhyiddin: ‘Anda akan menghadapi masalah dengan Umno kerana Umno parti yang lebih besar…anda harus bergantung kepada mereka. Jika mereka tarik balik sokongan, habislah awak,” kata Mahathir yang mengasaskan PPBM.
“Tetapi dia berkata dia boleh menguruskan masalah itu. Kita tunggu dan lihat bagaimana Muhyiddin tangani masalah itu,” katanya.
Mahathir menyifatkan PN sebagai “kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah negara,” kerana mempunyai majoriti begitu rapuh dan boleh diperalatkan oleh pihak-pihak berkepentingan.
“Kerajaan ini sepanjang masa diguna untuk pertahankan diri supaya tidak jatuh (sehingga) tidak boleh tumpu kepada (kerja-kerja) kerajaan,” kata Mahathir.
Umno akan mengadakan perhimpunan agung akhir bulan ini, yang akan menentukan sama ada parti itu akan menamatkan kerjasama dengan PPBM. Umno juga mahukan pilihan raya umum diadakan pada suku pertama tahun ini.
[FMT]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



