“(Kata Muhyiddin kepada saya) masanya adalah sekarang, kita keluar PH dan membentuk kerajaan Melayu.
“Malah kerja sama dengan PAS, saya fikir okay lah, tapi kerja dengan Umno? Kita baru kalahkan mereka dan kerajaan kleptokrat mereka. Kerja sama dengan Najib, musuh, saya tak sanggup.
“Tapi Muhyiddin sanggup kerja sama dengan Najib, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Abdul Rahim, Rosmah (Mansor). Macam mana saya nak kerja dengan mereka, ramai di antara mereka sedang dalam perbicaraan kes rasuah?” Soalnya.
Dr Mahathir juga mengenang peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” yang ingin digunakan di dalam lagu parti ketika mahu menubuhkan Bersatu dahulu.
“Tapi yang bercerai ialah Muhyiddin.
“Pasal pilih Najib dia boleh jadi PM. Saya dah jadi PM dua kali tak pa lah tak payah pun bukan saya nak yang tu sangat.
“Tapi bila kawan tikam belakang rasa pedih juga, teruk lah,” katanya.
Tegas Mahathir, “dalam politik apabila orang mengkhianati janjinya kesannya tentu buruk.”
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata politik tidak begitu penting berbanding dua cabaran utama yang dihadapi Malaysia sekarang, ekonomi merudum dan penularan wabak Covid-19.
“Negara kita hadapi dua cabaran besar. Ekonomi merosot dan koronavirus. Jangan ambil rendah berkenaan dengan penyakit ini, boleh ambil maut.
“Ini bukan masanya kita nak cari tempat dalam politik. Pasal kita nak hadapi dua cabaran (ekonomi merosot dan koronavirus) ini memerlukan kita tenang diri,” jelasnya beliau lagi.-Malaysiakini