Mahathir tempelak ‘Mak Teh’ – Ayaq nyoq nak buat apa ?
Mahathir tempelak ‘Mak Teh’ – Ayaq nyoq nak buat apa ?
MTN – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menempelak golongan yang menyebarkan berita palsu mengenai vaksin.
Ahli parlimen Langkawi itu pada ciapan di Twitter mengulas rakaman suara tular daripada individu yang menggelarkan dirinya ‘Mak Teh’.
Klip rakaman suara itu mendakwa 40 jururawat dan staf hospital di seluruh Malaysia meninggal dunia selepas divaksin dan maklumat itu disembunyikan pihak berkuasa.
Mak Teh bercakap loghat utara dalam rakaman itu turut menyarankan penerima vaksin minum air kelapa (ayaq nyoq) bertujuan membersihkan daripada ‘racun’.
“Ayaq nyoq (air kelapa) nak buat apa? Kalau betul pi (pergi) lah sendiri minum ayaq nyoq.
“Lepas tu cium orang yang sakit Covid-19 ini dan tengok nak jadi apa.
“Bolehkah ayaq nyoq tu bertahan (daripada jangkitan),” kata Dr Mahathir.
Tegasnya, tindakan tidak bertanggungjawab sebegitu akan menyebabkan ramai orang enggan divaksin.
Lantaran itu, katanya ramai orang pula yang akan berisiko dijangkiti Covid-19 dan boleh membawa maut.
“Saya tidak percaya (40 jururawat meninggal dunia kerana vaksin) kerana saya dan isteri sudah disuntik (dengan vaksin)… tak ada ada apa pun.
“Ini satu dakyah yang tiada asas. Ia sebenarnya menghukum mati orang yang tidak dapat vaksin,” katanya.
“Apabila mereka mati, itu tanggungan Mak Teh lah, dosa atau tak berdosa,” katanya lagi. [MK]
Respons saya terhadap dakyah ‘Mak Teh’ mengenai vaksin di Whatsapp. pic.twitter.com/RNbJgsh9e4
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 22, 2021
Author Profile
Latest entries
- NationalDecember 6, 2024Banjir beransur pulih di tujuh negeri
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC