Malaysia terima 1 juta dos vaksin AstraZeneca, CoronaVac

Malaysia terima 1 juta dos vaksin AstraZeneca, CoronaVac
MTN – Malaysia menerima dua lagi penghantaran vaksin Covid-19 hari ini dengan ketibaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac berjumlah 1,059,200 dos.
Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, 559,200 dos merupakan vaksin AstraZeneca manakala 500,000 dos lagi vaksin CoronaVac.
”Ketibaan bekalan (vaksin) ini merupakan tambahan kepada stok sedia ada,” kata CITF.
Ia menjadikan jumlah terkini vaksin AstraZeneca yang diterima Malaysia daripada fasiliti COVAX ialah 828,000 dos. Stok yang diperoleh sebelum ini ialah sebanyak 268,800 dos.
Menurut CITF, satu lagi penghantaran bekalan vaksin AstraZeneca daripada COVAX dengan jumlah yang sama iaitu 559,200 dos ialah pada hujung bulan ini.
“Dos AstraZeneca yang diterima dijamin berkualiti, selamat dan berkesan melalui pematuhan ke atas keperluan ‘Lot Release’,” katanya.
Kenyataan CITF juga menyebut vaksin yang diterima itu akan dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di Lembah Kelang serta tiga negeri lain yang baru menyertai Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca iaitu Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
CITF turut memaklumkan bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan lancar mengikut perancangan malah kadar vaksinasi penduduk negara ini terus meningkat berikutan pertambahan bekalan vaksin yang dijangka tiba dari semasa ke semasa.
“Sehingga kini, kadar vaksinasi mencatatkan peningkatan konsisten dengan 60,261 orang telah menerima suntikan vaksinasi pada 17 Mei lepas diikuti 76,551 orang (18 Mei) dan 83,648 orang (19 Mei),” menurut CITF.
-Bernama
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun