Mahathir terus jalani rawatan di IJN, dibenar pulang ke rumah setiap hari

Mahathir terus jalani rawatan di IJN, dibenar pulang ke rumah setiap hari
Sejak 2 Februari (Rabu) lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumahnya di The Mines, Sungai Besi dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu perlu kembali bermalam di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, bagi tujuan menjalani rawatan pemulihan di IJN yang melibatkan sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
“Saya balik ke rumah setiap hari, dari pagi hingga petang dan akan balik ke hospital kerana ada prosedur yang perlu diteruskan,” kata Dr Mahathir.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut memuat naik sebuah video di Instagram peribadinya memaklumkan perkembangan kesihatannya.
Dalam masa sama, negarawan berusia 96 tahun itu dan keluarga mengucapkan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk pemulihan saya. Ramai yang menghantar bunga, kad dan sebagainya. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih,” kata Dr Mahathir.
“Harapan saya, agar saya pulih sepenuhnya,” tambahnya.
Beliau akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah




