Kalau Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macam mana?
Kalau Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macam mana?
Perang mulut antara bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Najib Razak berhubung pilihan raya negeri (PRN) Sabah 2020 berterusan hari ini, dengan Muhyiddin menuduh Najib tidak dapat memahami “bahasanya”.
Dalam catatan Facebook, Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu, berkata dia menyebut nama Hajiji Noor sebagai calon ketua menteri Sabah ketika itu hanya sebagai cadangan.
Dato’ Seri Najib mungkin tak faham bahasa saya. Bila saya kata UMNO tidak mencalonkan sesiapa sebagai calon Ketua…
Posted by Muhyiddin Yassin on Thursday, February 3, 2022
Jelasnya, ia masih tertakluk kepada persetujuan daripada parti lain termasuk Umno yang bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri.
“Najib mungkin tak faham bahasa saya. Bila saya kata Umno tidak mencalonkan sesiapa sebagai calon ketua menteri Sabah sehingga habis kempen itu fakta.
“Takkanlah saya nak tunggu sehingga habis kempen baru nak dinamakan calon.
“Semasa saya hadir mengumumkan Hajiji sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sulaman, saya beri bayangan ‘manalah tahu kalau rakan-rakan dalam PN, BN dan yang lain pun bersetuju, Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah’ .
“Saya ulang, saya beri bayangan kalau rakan-rakan lain bersetuju.
“Saya cakap secara berhemah. Kalau Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macam mana?” katanya.
Muhyiddin bertelagah dengan Najib selepas ahli parlimen Pekan itu menuduh Bersatu menyebabkan kegagalan pakatan politik Muafakat Nasional.
Najib mendakwa Bersatu telah mengkhianati Umno dalam pilihan raya negeri Sabah.
Malam tadi, Najib mengkritik Muhyiddin, yang merupakan perdana menteri ketika PRN Sabah, kerana menamakan Hajiji sebagai pilihan PN untuk menjadi ketua menteri Sabah. [MK]
Baca: Muhyiddin malu dikait dengan parti yang angkat pesalah jenayah berat sebagai Boss
Author Profile
Latest entries
- NationalJanuary 22, 2025Pantang undur, demo antirasuah 25 Jan tetap jalan
- NationalJanuary 19, 2025Perjanjian perdagangan bebas M’sia-UK dijangka tingkat pelaburan
- InternationalJanuary 17, 2025Thailand kemas kini program visa jangka panjang
- InternationalJanuary 16, 2025Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
1 thought on “Kalau Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macam mana?”