MARA Membantu Lebih 1 Juta Usahawan Bumiputera | Malaysia News

MARA Membantu Lebih 1 juta usahawan Bumiputera

MARA Membantu Lebih 1 juta usahawan Bumiputera

Kuala Lumpur, MTN – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah membangunkan dan membantu seramai 1,189,555 usahawan bumiputera sejak penubuhannya 55 tahun lalu.

Dalam kenyataan bersempena ulang tahun penubuhannya hari ini, MARA berkata institusi yang berperanan sebagai socioeconomic engineering agency (agensi kejuruteraan sosioekonomi) telah mencorakkan pelbagai transformasi dalam keusahawanan dan pendidikan bumiputera.

Program dan fasiliti keusahawanan yang ditawarkan merangkumi latihan keusahawanan, kemudahan pembiayaan dan penyediaan premis perniagaan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada usahawan, demikian menurut kenyataan itu.

MARA yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 merupakan sebuah badan khas yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan bumiputera merangkumi aspek keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan khidmat pengurusan.

Bagi bidang pendidikan, MARA menerusi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terus mengorak langkah ke arah pengantarabangsaan melalui tawaran program dwisijil yang menawarkan kurikulum Cambridge dan kurikulum kebangsaan menerusi International General Certificate of Secondary Education.

MARA juga menyediakan ekosistem lengkap bagi program di bawah Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam melahirkan modal insan berkemahiran inovatif dan berdaya saing.

TVET MARA kini telah mencapai usia 53 tahun dan telah melahirkan seramai 649,338 graduan dengan kadar kebolehpasaran sebanyak 91 peratus, katanya.

Program pinjaman pelajaran MARA yang diwujudkan pada 1966 pula telah memberi manfaat kepada kira-kira seramai 1.4 juta pelajar dan pada 2020 sahaja, 51,054 pelajar yang mengikuti pengajian di institusi dalam dan luar negara berjaya ditaja.

-Bernama

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply