Marina Ibrahim bertanding di kubu kuat parti – PRN Johor

Marina Ibrahim bertanding di kubu kuat parti – PRN Johor
Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim mengakui gementar bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini berikutan kepercayaan besar parti untuk beliau mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.
Ini kerana DUN Skudai merupakan kubu kuat DAP dan beliau kali pertama bertanding dalam pilihan raya.
“Gementar sebab pertama kali saya sebagai calon, jadi ada banyak proses saya tidak belajar lagi, contohnya berceramah.
“Tetapi ada banyak perkara baharu yang saya telah pelajari. Mudah-mudahan, insya-Allah saya boleh tambah baik,” katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Bagaimanapun, Marina tetap bersemangat dan optimis bahawa pengundi di DUN Skudai akan terus memberi kepercayaan kepada PH untuk mempertahan kerusi itu.
“Tetapi ada banyak perkara baharu yang saya telah pelajari. Mudah-mudahan, insya-Allah saya boleh tambah baik,” katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri hari ini.
Bagaimanapun, Marina tetap bersemangat dan optimis bahawa pengundi di DUN Skudai akan terus memberi kepercayaan kepada PH untuk mempertahan kerusi itu. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah
NationalNovember 13, 2025Tak ada lagi jalan percuma buat kenderaan ke Genting
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu




