MB Selangor isytihar tanding naib presiden PKR
MB Selangor isytihar tanding naib presiden PKR
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden PKR, Mei ini.
Perkara itu diumumkan dalam sidang media sebentar tadi yang siarkan secara langsung di media sosial.
Ketika pengumuman, Amiruddin ditemani beberapa pemimpin terkenal parti itu, termasuk bekas naib presiden Tian Chua.
“Pemilihan ini saya insya-Allah akan jadi penyatu dan juga pengikat kepada pengukukuhan walaupun berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak berapa diminta sebelum ini.
“Tetapi saya percaya setelah melalui beberapa proses kematangan saya harapkan kita akan dapat melahirkan pemilihan yang bersih, sihat dan damai yang mampu menjadi penyatu kepada kekukuhan parti menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.
Dalam pengumuman itu juga Amirudin berkata, keputusan itu diambilnya selepas mengadakan perbincangan dengan semua pihak terutamanya dengan pimpinan PKR Selangor dan pimpinan pusat dari negeri-negeri lain.
“Saya turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama daripada presiden hinggalah majlis pemimpinan pusat sebahagian besarnya,” katanya.
Tambahnya langkah ini sudah pasti diharap dapat menentukan hala tuju keseluruhan kepimpinan PKR di Selangor dan sebagai landasan tepat untuk memulakan gerak kerja dan menyambung gerak kerja pilihan raya yang sudah bermula.
“Menjadi keutamaan penting kita bagi menentukan kemenangan dicapai dan diteruskan di Selangor dan mampu menjadi contoh pada negeri-negeri lain,” kata Amirudin.
Katanya, dia difahamkan, setakat ini seramai 16 orang bertanding jawatan naib presiden. [MK]