Dewan Rakyat Serah Pindaan Perlembagaan Ke Jawatankuasa Pilihan Khas - RUU Antilompat Parti | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652
Parlimen Malaysia

Dewan Rakyat serah pindaan Perlembagaan ke Jawatankuasa Pilihan Khas – RUU Antilompat Parti

Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk menyerahkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Usul kerajaan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Ia dipersetujui secara sebulat suara selepas diputuskan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.
Antara syor-syor yang perlu dikemukakan jawatankuasa itu ialah:
i. Meneliti dan memberi pengkhususan ke atas tafsiran kepada larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti dengan merujuk kepada fasal 2(c) dan fasal 3, sekatan-sekatan ke atas hak membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) fasal 1;
ii. Cadangan untuk memansuhkan perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu; dan
iii. Menyediakan suatu penyata yang mengandungi cadangan rang undang-undang berkait larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti serta pindaan Perlembagaan berkaitan dalam tempoh satu bulan. Jawatankuasa Pilihan Khas boleh melanjutkan tempoh sekiranya perlu.
Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah:
1. Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Pengerusi) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang)
2. Datuk Seri Azalina Othman Said (Ahli Parlimen Pengerang)
3. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas)
4. Datuk Seri Hamzah Zainudin (Ahli Parlimen Larut)
5. Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Bharu)
6. Lukanisman Awang Sauni (Ahli Parlimen Sibuti)
7. Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong)
8. Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang)
9. Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Ahli Parlimen Tuaran)
10. Datuk Seri Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
11. Datuk Ignatius Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)
“Bagi tujuan urusan tersebut, Jawatankuasa Pilihan Khas boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli-Ahli Parlimen, pakar-pakar perundangan dan perlembagaan, badan-badan bukan berkepentingan (NGO) dan masyarakat madani serta individu-individu lain untuk hadir dalam persidangan Jawatankuasa Pilihan Khas dari semasa ke semasa,” katanya ketika mengemukakan usul tersebut.
Selain itu, katanya jawatankuasa itu turut berhak menentukan penjadualan persidangan mereka sendiri sama ada diadakan di Parlimen atau di mana-mana tempat mengikut kesesuaian. [AA]
Facebook Comments