Menteri: Karya Animasi Tempatan Kini Bertaraf Dunia

Menteri: Karya Animasi Tempatan Kini Bertaraf Dunia
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo mengadakan perbincangan bersama warga industri animasi dan pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Perbincangan tersebut diadakan untuk memahami masalah dan mendapatkan maklum balas serta cadangan, bagi menambah baik proses dan prosedur berkaitan industri kreatif, serta para penggiat filem animasi.
“Karya animasi tempatan yang dihasilkan kini bertaraf dunia dan Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi antara peserta utama dalam industri kandungan digital kreatif global, yang kini dianggarkan bernilai AS$2.4 trilion (RM10.04 trilion),” katanya di laman Facebook dan Twitter beliau, semalam.
Gobind turut memuat naik 12 keping gambar berkaitan perbincangan berkenaan.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



