Microsoft Bina Pusat Data di Johor, Pembinaan Capai 40 Peratus
Microsoft Bina Pusat Data di Johor, Pembinaan Capai 40 Peratus
Johor Bahru, MTN | Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft, sedang membina sebuah pusat data di daerah Kulai, dan pembinaannya kini sudah mencapai tahap 40 peratus, kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Beliau berkata, pembinaan itu dilihat dapat merancakkan sektor ekonomi sekali gus menyediakan peluang pekerjaan di negeri ini.
“Pembinaan pusat data ini bukan sahaja dilihat dalam bentuk pelaburan yang khusus, tetapi ia dapat menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.
“Ia juga dapat menarik syarikat-syarikat rangkaian Microsoft untuk datang ke Johor dan membuat pelaburan di sini,” katanya ketika berucap melancarkan kempen Johor Perangi Denggi 2020 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.
Pada masa sama, Hasni berkata, kerajaan negeri turut mendapat pertanyaan daripada sebuah syarikat teknologi di Jepun yang menunjukkan minat untuk membina pusat data di Johor.
“Banyak pihak menghubungi kerajaan negeri yang ingin meneroka bidang baharu untuk pelaburan. Ini kerana Johor adalah unik dan mempunyai banyak potensi untuk dimajukan,” katanya.
Beliau berkata, pembinaan pusat data itu juga diharapkan dapat menjadikan Johor sebagai negeri yang benar-benar berjaya melaksanakan inisiatif pendigitalan hasil limpahan manfaat daripada pembinaannya.
“Rakyat juga akan dapat menggunakan sepenuhnya Internet yang ada dan menjadikan Johor sebagai negeri yang berjaya melaksanakan program pendigitalan,” katanya.[Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri