Mike Tyson takut bertarung dengan Holyfield ?
Mike Tyson takut bertarung dengan Holyfield ?
New York, MTN – Mike Tyson terlalu “takut” untuk kembali bertarung dengan Evander Holyfield, menurut pemilik Triller Ryan Kavanaugh.
Iron Mike ditawarkan jumlah lumayan untuk masuk ke gelanggang bagi pertemuan trilogi dengan seteru tradisinya Holyfield.
Namun menurut Kavanaugh, Tyson lebih berminat untuk bertarung dengan Lennox Lewis.
“Kami tahu dia sedang mengatur perlawanan dengan Lennox Lewis. Kami diberitahu yang dia takut untuk bertarung dengan Holyfield.
“Tawaran untuk Mike bertarung pada hari Thanksgiving cukup lumayan. Tetapi ia sukar untuk direalisasikan.
“Sekarang saya dengar, daripada sumber yang boleh dipercayai, Mike terlalu takut. Dia rasa Evander akan menumbangkannya,” kata Kavanaugh.
Holyfield, 58, menewaskan Tyson dengan pukulan knockout di pusingan ke-11 pada tahun 1996.
Perlawanan kedua mereka mencatat sejarah apabila Tyson menggigit telinga lawannya itu.
Holyfield akan bertemu Vitor Belfort Sabtu ini, menggantikan Oscar De La Hoya.
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanDecember 13, 2024Nabila Razali amalkan zikir permudah bersalin
- NationalDecember 13, 2024Kelantan alami kerugian RM30 juta akibat banjir
- SukanDecember 12, 2024Harimau Malaya menang tipis 3-2
- NationalDecember 12, 2024Universiti Malaya lancarkan Allianz Centre for Governance