Minyak Naik AS$1, OPEC Setuju Kurangkan Pengeluaran | Malaysia News

Minyak Naik AS$1, OPEC Setuju Kurangkan Pengeluaran

Minyak Naik AS$1, OPEC Setuju Kurangkan Pengeluaran

Singapura, MTN – Harga minyak melonjak lebih AS$1 setong dalam dagangan hari ini selepas pengeluar-pengeluar utama akhirnya bersetuju mengurangkan pengeluaran.

Tetapi kenaikan itu dibatasi di tengah-tengah kebimbangan lebihan bekalan akibat kejatuhan permintaan akibat pandemik koronavirus.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Rusia dan pengeluar lain yang dikenali sebagai OPEC+, bersetuju pada hari Ahad untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari untuk menyokong harga minyak.

Jumlah bekalan minyak global dijangka mencecah 20 juta tong sehari, kira-kira 20% daripada bekalan global, menurut Menteri Minyak Kuwait.

Niaga hadapan Brent naik AS$1.23 atau 3.9% kepada AS$32. 71 setong selepas dibuka pada AS$33.99 setong.

West Texas Intermediate pula naik AS$1.39 atau 6.1% setong selepas mencecah AS$24.74 setong.

“Apa yang dilakukan oleh perjanjian ini adalah untuk membolehkan industri minyak global dan ekonomi negara dan industri lain yang bergantung kepadanya mengelak daripada menghadapi krisis yang lebih mendalam,” kata Naib Pengerusi IHS Markit, Daniel Yergin.[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply