Mirzan Mahathir dipanggil SPRM, Betamek terus beroperasi

Mirzan Mahathir dipanggil SPRM, Betamek terus beroperasi
Betamek Bhd meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa walaupun Pengarah Urusannya, Mirzan Mahathir, dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu satu siasatan.
“Kami mahu mengumumkan bahawa siasatan terbabit tiada kaitan dengan Betamek. Berikutan itu, Betamek beroperasi seperti biasa tanpa menjejaskan pengeluaran dan penyampaian produk Betamek kepada para pelanggan kami,” kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia.
Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengeluaran elektronik kepada pengeluar automotif.
Mengikut laporan tahunan syarikat itu bagi 2023, Mirzan adalah pemegang saham utama Betamek dengan 72.03 peratus kepentingan menerusi pegangan saham langsungnya dalam Iskandar Holdings Sdn Bhd.
Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengeluaran elektronik kepada pengeluar automotif.
Mengikut laporan tahunan syarikat itu bagi 2023, Mirzan adalah pemegang saham utama Betamek dengan 72.03 peratus kepentingan menerusi pegangan saham langsungnya dalam Iskandar Holdings Sdn Bhd. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



