‘Muhyiddin Ada Berita Gembira Pagi Ini’
‘Muhyiddin Ada Berita Gembira Pagi Ini’
Kuala Lumpur, MTN – Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, Perdana Menteri sementara Muhyiddin Yassin akan membawa “berita gembira” kepada negara pagi ini. Bercakap dengan Utusan Malaysia malam tadi, Wan Saiful bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang dimaksudkannya.
“Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi.
“Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Muhyiddin umum secara rasmi,” katanya seperti dilapor.
Senator itu tidak menafikan bahawa berita itu berkaitan dengan pementukan semula kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mendedahkan bahawa pertemuan antara pemimpin PN belum selesai ketika dia diwawancara pemberita.
“Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN,” katanya.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Majlis Tertinggi Umno dengan sebulat suara memutuskan untuk mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal perdana menteri parti itu, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
Sekiranya mendapat sokongan semua 42 ahli parlimen Umno dan BN, Ismail Sabri akan menjadi perdana menteri seterusnya, dengan 115 ahli parlimen menyokongnya. Muhyiddin mengundurkan diri pada hari Isnin setelah kehilangan majoriti.
Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong memerintahkan semua ahli parlimen mengemukakan pilihan perdana menteri mereka, sebelum jam 4 petang hari ini, untuk mengisi kekosongan itu. Dalam ucapan peletakan jawatannya di televisyen, Muhyiddin menekankan bahawa dia tidak akan bekerja dengan “kleptokrat”.
Difahamkan, dia merujuk kepada beberapa pemimpin Umno, termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak, yang terlibat dalam kes rasuah dan berperanan memimpin 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka, memaksa Muhyiddin mengundurkan diri.
Walau bagaimanapun, perbincangan antara pemimpin PN untuk mengekalkan gabungan itu tetap diteruskan.[MK]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri