Muhyiddin Tiada Alasan Lagi Tangguh Parlimen - Pejuang | Malaysia News

Muhyiddin Tiada Alasan Lagi Tangguh Parlimen – Pejuang

Muhyiddin Tiada Alasan Lagi Tangguh Parlimen – Pejuang

MTN – Titah Yang di-Pertuan Agong bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat membuktikan tiada alasan lagi bagi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk tidak memastikan sidang parlimen diadakan, kata parti Pejuang.

Parti serpihan dari Bersatu itu berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga tidak perlu mendapatkan nasihat daripada Muhyiddin untuk memanggil sidang parlimen.

“Muhyiddin Yassin tiada alasan lagi untuk tidak memastikan sidang Parlimen diadakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Di samping itu, kami juga bersependapat dengan pandangan bahawa Yang di- Pertuan Agong tidak perlu mendapat nasihat daripada perdana menteri untuk memanggil sidang parlimen kerana kuasa itu terletak di tangan Seri Paduka Baginda semasa negara dalam tempoh darurat,” kata mereka dalam kenyataan media hari ini.

Mohamad, Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amirudddin Hamzah (Kubang Pasu), Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) dan ahli Dewan Negara Marzuki Yahya.

Selain itu Pejuang berpendapat persidangan parlimen kali ini perlu dijalankan sepenuhnya dan bukannya persidangan sehari seperti dilakukan pada 18 Mei tahun lalu.

“Persidangan ini perlu mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

“Ini amat penting memandangkan bukan sahaja keabsahan Perdana Menteri dipertikai, malah masalah ekonomi, pandemik Covid-19 dan pentadbiran yang kucar-kacir telah mengakibatkan kesusahan dan keresahan di kalangan rakyat,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat perdana menteri.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Sementara itu, Pejuang yang masih belum didaftarkan berkata Muhyiddin tidak layak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

“Keabsahan perdana menteri dipertikaikan dan dengan itu beliau tidak lagi layak untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

“Ini telah kami timbulkan semasa perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan proklamasi darurat,” jelasnya. [mk]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply