Mulai 3 Julai, Semua Masjid di Selangor Boleh Solat Jumaat
Mulai 3 Julai, Semua Masjid di Selangor Boleh Solat Jumaat
Kuala Lumpur, MTN – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan agar semua masjid dan surau kebenaran Jumaat dibuka untuk solat Jumaat berkuatkuasa 3 Julai ini.
Semua surau juga dibenarkan mengadakan solat fardhu secara berjemaah, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani.
Bagaimanapun ia mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Jumlah bilangan 1,000 jemaah sahaja yang dibenarkan bagi solat Jumaat dan fardhu dalam satu masa melibatkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya.
“Jumlah kehadiran jemaah di semua masjid lain ditetapkan maksmimum pada 500 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan.
“Jumlah kehadiran jemaah di surau kebenaran silat Jumaat bagi mendirikan solat Jumaat dan fardhu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan AJK masjid.
“Jumlah kehadiran jemaah di surau untuk solat fardhu ditetapkan 40 orang tidak termasuk pegawai dan AJK surau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, menurut Munir, Sultan Selangor bertitah agar ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha hanya dilaksanakan di masjid-masjid berdekatan.
“Baginda juga menitahkan agar setiap jemaah wajib emmatuhi SOP yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor khususnya mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
“Bagi yang tidak sihat adalah dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan surau,” katanya.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri