Najib Jangan Berdolak-dalik Lagi - Debat Anwar-Najib | Malaysia News

Najib jangan berdolak-dalik lagi – Debat Anwar-Najib

Najib jangan berdolak-dalik lagi – Debat Anwar-Najib

Najib jangan berdolak-dalik lagi – Debat Anwar-Najib

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak lagi berdolak-dalik untuk berdebat mengenai kemelut membabitkan syarikat Sapura Energy Berhad.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan, beliau sentiasa bersedia pada bila-bila masa asalkan debat itu diadakan secara terbuka.

“Datuk Seri Najib mencabar saya untuk berdebat dengannya dalam kenyataan awal Ramadan. Saya jawab, ini bulan Ramadan, tetapi oleh kerana sudah ada cabaran, saya jawab saya bersedia mana-mana ketika, tanpa syarat asalkan ia terbuka dan diizinkan rakyat menonton.

“Sekarang dia mengulas tidak wajar (berdebat) pada bulan Ramadan, harus ke bulan Syawal. Saya jawab harus terbuka, mana-mana media tetapi jangan menyekat kebebasan media supaya rakyat boleh menilai.

“Jadi saya harap Datuk Seri Najib jangan berdolak-dalik lagi, dia cabar, saya jawab dan Insya-Allah kita bertemu,” katanya melalui satu hantaran di laman sosial Facebooknya pada Rabu.

Minggu lalu, Najib bersetuju untuk berdebat dengan Anwar mengenai isu menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy.

Susulan itu, Anwar telah meminta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.

Bagaimanapun, memetik laporan portal Malaysiakini, Fahmi memaklumkan, pasukan Najib mahu debat itu diadakan beberapa hari selepas Hari Raya.

Malah, Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil di media sosial berkata bulan puasa adalah masa untuk menumpukan soal ibadah, bukan berdebat. [AA]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply