Najib: 'Tuduh Orang Lain Mencuri, Anak Dia Kaya Berbilion-bilion' | Malaysia News
December 14, 2024

Najib: ‘Tuduh orang lain mencuri, anak dia kaya berbilion-bilion’

Najib: ‘Tuduh orang lain mencuri, anak dia kaya berbilion-bilion’

Najib: ‘Tuduh orang lain mencuri, anak dia kaya berbilion-bilion’

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menuduh orang lain mencuri tetapi yang kaya berbilion-bilion adalah anaknya sendiri, kata Najib Razak secara sinis dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

“Pepagi (pagi-pagi) lagi dah start (mula). Tak habis-habis dia (Mahathir) ni.

“Berderet-deret (ciapan) tweetnya. Paling pelik ialah dia asyik tuduh orang lain mencuri tapi yang kaya berbilion-bilion pulak ialah anak-anak dia.

“Satu keluarga termasuk cucu-cicit ke sini ke sana pakai ‘private jet’,” tulis Najib menjawab kritikan terbaru Mahathir di media sosial hari ini.

Najib turut memuat naik tangkap layar ciapan Mahathir di Facebooknya.

Sebelumnya dalam satu catatan di Facebooknya, Mahathir mengulas mengenai norma baru yang mana pencuri kini diangkat sebagai pemimpin.

“Sekarang penilaian kita terhadap pencurian sudah berubah. Jika pencuri menjadi pengetua kita, kerana dia ‘boss’ kita, pencurian olehnya boleh diterima.

“Kita tidak perlu malu jika ‘boss’ kita mencuri. Kita laungkan slogan, ‘Malu apa. Dia Boss kita’. Ini sudah jadi norma baru kita.

“Katanya ‘Bossku’ akan memimpin Kerajaan Melayu Islam. Mengikut norma lama, pencuri tidak layak jadi pemimpin kerajaan Melayu Islam. Kerajaan tidak Islam pun, tidak terima pencuri untuk memimpin,” tulis Mahathir di Facebooknya, hari ini.

Dalam wawancara bersama sebuah portal berita, Mahathir mendakwa Najib mahu menjadi perdana menteri sekali lagi sekiranya dia dibebaskan minggu depan atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

“Sekiranya dia (Najib) didapati tidak bersalah, saya fikir dia akan mahu menjadi perdana menteri lagi,” kata Mahathir.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Najib yang juga bekas perdana menteri keenam menyifatkannya bekas “bosnya” itu sebagai seorang yang pelik apabila menuduhnya mahu kembali menjadi perdana menteri.

“Yang jadi PM7 selepas jadi PM4, dia.Yang mahu jadi PM8, dia.

“Yang umum dan jelajah ‘blackout’ satu negara mahu jadi calon PM9, dia.

“Yang dia tuduh mahu jadi PM, saya. Pelik betul individu ini,” tulis Najib di media sosialnya.

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply