Sultan Selangor Murka - Vandalisme Mural Gergasi | Malaysia News
September 20, 2024

Sultan Selangor Murka – Vandalisme Mural Gergasi

Sultan Selangor Murka – Vandalisme Mural Gergasi

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan perbuatan vandalisme dengan menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 di sini hari ini, sebagai tindakan sangat biadap.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan hari ini menzahirkan rasa sangat dukacita, kesal dan kecewa dengan perbuatan vandalisme itu kerana baginda sangat menghargai karya seni pelukis tempatan yang dihasilkan di Selangor.

Baginda turut berpandangan kejadian itu bukan dilakukan oleh individu kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

Beliau murka dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab menconteng mural pemimpin-pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, baginda berpandangan tindakan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab disebabkan politik kebencian.

“Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

“Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” titah baginda.

Terdahulu, set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial.

Selain potret Seri Paduka, yang dilukis di dinding bangunan di sana, turut menjadi hiasan adalah potret Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut klip video pendek berkenaan mural yang diconteng itu dan dimuat naik di Twitter pagi ini, perkataan “babi” ditulis di antara potret Abdul Hadi dan Muhyiddin, dan bersebelahan gambar Al-Sultan Abdullah.

Sementara perkataan “bangsat” diconteng di tengah-tengah potret Dr Noor Hisham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu Sultan Selangor menyifatkan contengan kata-kata kesat pada lukisan mural

Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri serta pemimpin lain adalah sangat biadab.

“Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.

“Apatah lagi, baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya,” titah baginda lagi.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku vandalisme mural gergasi potret beberapa pemimpin negara itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut dan tindakan akan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005.

“Tindakan vandalisme seperti ini amat dikesali kerana mural gergasi tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan serta sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang bekerja keras dan komited dalam menangani wabak COVID-19.

“MBSA telah mengambil langkah segera dengan mengecat semula dinding tersebut dengan cat putih dan pada masa yang sama, satu laporan polis mengenai perkara tersebut dibuat di Balai Polis Seksyen 6 pagi tadi,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama katanya, MBSA juga menasihatkan mana-mana pihak supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tempatan tersebut sebelum melakukan aktiviti melukis mural di tempat awam di bawah pentadbiran majlis berkenaan.

Dalam pada itu, UMNO Bahagian Shah Alam turut membuat satu laporan polis berhubung insiden vandalisme berkenaan di balai polis sama kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Bahagiannya, Datuk Azhari Shaari berkata laporan itu dibuat bagi menggesa polis mengesan individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana mural itu diabadikan bagi menghargai peranan dan sumbangan semua pihak yang bekerja keras menangani pandemik COVID-19 dan perbuatan ini dianggap memalukan dan menghina pemimpin negara,” katanya.

Kejadian vandalisme ke atas mural gergasi potret pemimpin negara tersebut disedari seorang pekerja restoran di kawasan itu yang kebetulan melalui lokasi mural tersebut kira-kira 8 pagi tadi.

Mural gergasi itu memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply