Nilai Pasaran Saham Apple Cecah AS$ 2 Trilion | Malaysia News

Nilai Pasaran Saham Apple Cecah AS$ 2 trilion

Nilai Pasaran Saham Apple Cecah AS$ 2 trilion

Nilai Pasaran Saham Apple Cecah AS$ 2 trilion

Kuala Lumpur, MTN | Selepas dua tahun Apple disenaraikan dengan nilai pasaran sebanyak AS$1 trilion, jumlah itu kini melonjak kepada AS$2 trilion.

Saham pembuat iPhone itu meningkat kepada AS$468.65 pada hari Rabu, bersamaan dengan modal pasaran sebanyak AS$2.004 trilion.

Kali terakhir saham itu naik 1.2% kepada AS$ 467.62, menjadikan pasaran modal Apple sebanyak AS$1.999 trilion.

Saham Apple meningkat sejak keputusan suku tahunan pada bulan Julai lalu yang menyaksikan pembuat iPhone mengatasi Saudi Aramco sebagai syarikat tersenarai yang paling berharga di dunia.

Saham Apple meningkat sekitar 57% setakat tahun 2020.

Lonjakan ini mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin tinggi terhadap pengurangan kebergantungan Apple pada penjualan iPhone tetapi lebih kepada perkhidmatan untuk penggunanya, termasuk video, muzik dan permainan.

Apple kini menyumbang hampir 7% daripada nilai pasaran S&P 500. Modal pasarannya hampir sama dengan nilai gabungan 200 syarikat terkecil S&P 500.[mg]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply