Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR tentang kerusi Permatang Pauh

Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR tentang kerusi Permatang Pauh
Petaling Jaya, MTN – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar enggan mengesahkan sama ada beliau akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sebaliknya, anak perempuan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarlah perkara itu diputuskan oleh pucuk pimpinan parti berkenaan.
Nurul Izzah yang juga bekas Naib Presiden PKR berkata, semua keputusan mengenai pembahagian kerusi juga akan dibuat secara kolektif oleh pucuk pimpinan parti.
“Kita perlu akur dengan keputusan parti kerana saya berpegang pada asas yang kita semua adalah ‘askar’ dalam parti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai dalam talian Shopee Keadilan, di sini hari ini.
Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat bagi parti PKR selain sinonim dengan Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Nama Nurul Izzah sebelum ini pernah disebut akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.
Nurul Izzah juga meletak semua jawatan yang disandangnya dalam parti pada Disember 2018. [AA]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia