Onn Hafiz angkat sumpah sebagai MB Johor ke-19


Onn Hafiz angkat sumpah sebagai MB Johor ke-19
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Majlis angkat sumpah nenteri besar Johor ke-19 itu diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Onn Hafiz, 44, ialah cicit kepada pengasas Umno Onn Jaafar yang juga bekas menteri besar ketujuh.
Onn Hafiz juga merupakan cucu kepada perdana menteri ketiga Hussein Onn.
Anak saudara Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein itu dalam penggal lalu berkhidmat sebagai exco belia dan sukan dalam pentadbiran Hasni Mohammad.
Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Umno dikatakan mengemukakan tiga nama untuk diperkenan istana -iaitu Hasni sebagai penyandang, anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi dan Onn Hafiz Ghazi.
Hasni lewat petang semalam mencadangkan pemimpin muda menerajui kerajaan negeri.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar