Sultan Johor Akan Putuskan Siapa Akan Dilantik MB Petang Ini | Malaysia News

Sultan Johor akan putuskan siapa akan dilantik MB petang ini

Sultan Johor akan putuskan siapa akan dilantik MB petang ini

Persoalan siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor akan diputuskan petang ini oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berkata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor hari ini berhubung perkara itu.

“Terpulang kepada keputusan petang ini,” kata beliau kepada pemberita secara ringkas di Bangunan Badan Perhubungan Umno Johor hari ini.

Dengan berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 pada Sabtu, perhatian kini beralih kepada pelantikan Menteri Besar baharu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, ketika kempen pilihan raya telah menamakan Adun Benut Hasni, yang dilantik semula sebagai calon tunggal Menteri Besar Johor.

BN memenangi pilihan raya Johor dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti, memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Terdahulu Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan Umno Johor di Jalan Yahya Awal pada 2.30 petang.

Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau kemudiannya dilihat meninggalkan perkarangan Pejabat Perhubungan Umno Johor kira-kira 20 minit kemudian. [Bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply