Otai Reformasi: Henti jadikan Anwar sebagai kambing hitam – PRN Melaka

Otai Reformasi: Henti jadikan Anwar sebagai kambing hitam – PRN Melaka
MTN – Pemimpin-pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) disarankan supaya menghentikan menuding jari kepada pengerusinya Anwar Ibrahim atas kekalahan gabungan tersebut dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
“Kami ingin merakam rasa duka cita dengan suara-suara keras dari kalangan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti komponen PH yang mendesak Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi PH ekoran prestasi hambar calon-calon PH dalam PRN Melaka.
“Kami berpandangan sewajarnya pemimpin-pemimpin PH perlu melakukan bedah siasat untuk mencari punca sebenar faktor-faktor kekalahan PH dalam PRN Melaka baru-baru ini.
“Bukannya sekadar menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam menanggung segala keberatan atas kekalahan tersebut,” katanya Setiausaha Otai Reformasi, Abdul Razak Ismail.
Turut hadir, Presiden Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Mustapa Mansor.
Dalam sidang media, di Petaling Jaya, hari ini, Abdul Razak membidas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.
Loke menyarankan pembangkang mempertimbangkan untuk tidak lagi berpegang dengan keyakinan bahawa perlu satu logo dan calon perdana menteri untuk menang dalam pilihan raya.
“Kami menyelar keras ‘kegopohan’ Anthony Loke yang mencadangkan pengganti Anwar, sedangkan kita tertanya-tanya siapakah gerangan pemimpin yang dimaksudkan mempunyai karisma yang boleh menyaingi ketokohan Anwar setakat ini.
“Adalah tidak wajar ketika menang PRU14 semua kredit diberikan kepada pucuk tertinggi pimpinan komponen PH masing-masing tetapi apabila menerima kekalahan di PRN Melaka menuding jari kepada Anwar. Itu tidak adil dan menjengkelkan,” katanya.
Dia turut mempersoalkan kenapa tiada pemimpin PH mengkritik Dr Mahathir Mohamad ketika gabungan PH kalah beberapa PRK ketika pemerintahan selama 22 bulan.
“Semasa PH memerintah negara selama 22 bulan PH kalah beberapa PRN di Cameron Highlands, Semenyih dan Tanjung Piai.
“Tetapi, tiada pemimpin komponen PH menuding jari kepada Dr Mahathir sebaliknya masing-masing kunci sehingga kerajaan PH tumbang pada Feb 2020 menerusi Langkah Sheraton,” katanya. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalFebruary 8, 2025Banjir Sabah, Sarawak – Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Seni & HiburanFebruary 8, 2025Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC
TokohFebruary 7, 2025Erdogan jumpa Anwar bincang pemulihan Gaza minggu depan
Top IssuesFebruary 7, 2025Sarawak Negeri Sekular