Pakej Percutian Ke Eropah Nanti Penyokong Bertuah | Malaysia News

Pakej percutian ke Eropah nanti penyokong bertuah

Pakej percutian ke Eropah nanti penyokong bertuah

Pakej percutian ke Eropah nanti penyokong bertuah

KUALA LUMPUR: Hadiah menarik pakej percutian ke Eropah bakal menjadi milik penyokong Harimau Selatan yang bertuah datang menyaksikan perlawanan kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Menurut kenyataan di laman facebook JOHOR Southern Tigers, pakej menarik itu menanti penyokong bertuah dengan lokasi percutian akan diberitahu kelak.

Selain hadiah utama itu, pakej menarik daripada Hotel Doubletree by Hilton, Johor Bahru juga menanti pemenang lain.

“Para pemegang tiket fizikal, pemegang pas bermusim JDT serta yang membuat pembelian menerusi online layak menyertai cabutan bertuah ini.

“Cabutan akan dilakukan pada waktu rehat selepas separuh masa pertama dan pemenang akan diumumkan oleh pengacara.

“Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi penyokong bertuah ini serta ikuti syarat-syarat penyertaan yang telah dimaklumkan sebelum ini. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini penyokong yang menyaksikan perlawanan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mungkin pulang dengan ‘jentera dua roda.’

PJ City FC menjelaskan pasukan tu akan menghangatkan lagi setiap perlawanan Liga Super di laman sendiri itu dengan memberikan motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah.

“Sebagai permulaan, pasukan akan memberikan motosikal jenama Yamaha dan Honda apabila PJ City FC menentang Terengganu FC (TFC) pada 14 Mac ini.

“Selepas itu, bagi setiap aksi di laman sendiri, penyokong yang bertuah berpeluang memenangi motosikal jenama Honda sebagai cabutan bertuah,” menurut kenyataan itu. -Bharian

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply