JDT Menang Tipis di Liga Super, Benjamin Mora Tidak Berpuas Hati
JDT Menang Tipis di Liga Super, Benjamin Mora Tidak Berpuas Hati
Kuala Lumpur, MTN – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Jurulatih kelahiran Mexico berusia 40 tahun itu berkata PDRM membuat gerakan berbahaya terutama ketika serangan balas yang memaksa JDT bekerja keras untuk menggagalkan percubaan daripada tuan rumah.
“Beberapa pemain baharu masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan corak permainan kami seperti Liridon Krasniqi dan Natxo Insa selain Muhammad Fadhli Mohd Shas yang tidak bermain dalam perlawanan yang kompetitif agak lama, tetapi ini bukan satu alasan untuk saya.
“PDRM mempamerkan persembahan yang baik dan cuba mengganggu corak permainan kami. Kami cuba memecahkan kebuntuan, bagaimanapun saya gembira dengan tiga mata yang diperolehi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Dalam perlawanan malam tadi, penyerang import dari Brazil, Diogo Luis Santo menjaringkan gol tunggal perlawanan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84.
Sementara itu, Ketua Jurulatih PDRM Mohamad Ishak Kunju Mohamad gembira dengan prestasi pemainnya walaupun tewas kepada juara Liga Super itu, sambil menambah beberapa pemain masih menyesuaikan diri dalam pertandingan penting.
Bekas memain Terengganu dalam era 90an itu bagaimanapun menyatakan keyakinan bahawa pemain pasukan itu akan bangkit kembali dalam baki 19 perlawanan walaupun gagal mengumpul sebarang mata selepas bermain tiga perlawanan.
Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan JDT mendahului liga dengan sembilan mata manakala PDRM kekal pada kedudukan paling bawah dengan defisit dua mata.
PDRM dikenakan pemotongan tiga mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan isu tunggakan gaji.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan