Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan

Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan
Kuala Lumpur, MTN – Berdasarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini serta piket yang dibuat oleh doktor kontrak, Perdana Menteri Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sepatutnya telah meletakkan jawatan. Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata, itulah tindakan yang paling wajar dilakukan oleh Mahiaddin.
“Melihat apa yang berlaku di Parlimen dan piket doktor kontrak hari ini, Mahiaddin sepatutnya meletak jawatan,” tulis bekas penasihat media perdana menteri itu.
Beliau juga membetulkan fakta bahawa doktor-doktor kontrak kerajaan tidak mogok atau melakukan hartal.
“Daripada laporan media massa, tindakan mereka itu adalah piket,” kata beliau.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu, mogok ertinya tidak bekerja. Hartal pula apabila peniaga tutup kedai atau pejabat sebagai tanda protes.
“Yang bangang ni Menteri dan media massa yang tak faham beza antara mogok, hartal dan piket atau mereka sengaja hendak memburuk-burukkan doktor muda ini,” kata beliau. [MD]
Author Profile
Latest entries
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan