Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya terhadap pola peningkatan kes kematian saban hari yang setakat semalam merekodkan 318 kes kematian baharu.
Ditambah dengan peningkatan kes positif Covid-19, Anwar mengkritik sikap kerajaan yang setiap bulan menyatakan keadaan akan bertambah baik, namun perkara itu menunjukkan sebaliknya.
“Ini bertentangan dengan jaminan mereka bahawa keadaan akan bertambah baik walaupun apa yang berlaku dan tercatat bahawa kadar kematian lebih parah, kadar positif jauh lebih bertambah. Ini (menunjukkan) kegagalan mentadbir dan mengurus masalah.
“Kadar kematian pada Julai lalu tiga kali ganda setelah darurat diumumkan. Kita sebut takdir, kena sabar.
“Benar tapi puncanya adalah kerana kecuaian, kelembapan dan kelemahan. Kalau sebahagian besar rakyat dapat divaksin, saya percaya kadar kematian dapat dikurangkan,” katanya dalam satu rakaman yang disiarkan di Facebooknya malam tadi.
Anwar menegaskan, desakan agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatan bukan lagi disebabkan angka dan majoriti, tetapi kerana kerajaan sudah benar-benar gagal menjaga nyawa rakyat.
Beliau juga menekankan pentingnya agar Parlimen berfungsi agar menteri-menteri boleh diasak untuk menjawab beberapa kekeliruan yang tidak dijelaskan selama ini
“Bila menteri tak dipaksa menjawab, keadaan lintang pukang. Untung entah kemana dan keadaan lebih teruk. Seperti contoh isu kekurangan kontena jenazah. Hal ini sangat memprihatinkan.
“Kita bukan cakap soal nombor, angka dan jumlah. Ini soal ratusan ahli keluarga dan puluhan ribu rakyat tiap hari yang terpaksa mendepani masalah ekonomi,” ujarnya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan