Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19 | Malaysia News

Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19

Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19

Kuala Lumpur, MTN – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini perlu ditubuhkan untuk menangani masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pembangkang itu berharap sebuah kerajaan baharu dengan barisan kepimpinan yang tegas dan berani dapat diwujudkan bagi tujuan tersebut.

“Kita perlukan sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini kerana banyak badan perniagaan seperti Jepun dan Jerman menjelaskan dasar kita yang cacamarba, mereka tidak jelas.

“Sebab itu kita tidak boleh ambil pendekatan yang digunakan setahun setengah yang lalu, ulang pendekatan sama dan mengharapkan hasil yang berbeza,” katanya menerusi video di Facebooknya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan mengakui bahawa apa yang beliau cadangkan itu mempunyai risiko tetapi boleh dilaksanakan dengan dasar yang jelas dan diyakini pelabur.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, keadaan bertambah rumit apabila beberapa individu masih memikirkan keuntungan sendiri.

“Ini bukan ekonomi, ini melahap harta rakyat, itu beza. Jadi, kalau kita tumpu, bersihkan dari gejala-gejala tamak haloba ini ekonomi boleh dipulihkan,” katanya lagi.[MD]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply