PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid

PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa parti itu ada menerima tawaran untuk bersama-sama kerajaan sekarang.
“Jangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di Bagan Datuk, Perak, seperti dipetik Berita Harian hari ini.
Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibaut Hadi semalam bahawa dia beberapa kali dihubungi “orang tertentu” yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.
Zahid berkata dia tiada pengetahuan dengan perkara itu dan menasihati PAS agar kekal bersama Bersatu dan parti-parti lain dalam PN.
“Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Hadi),” katanya lagi.
Semalam, Hadi mendakwa dia beberapa kali dihubungi “orang tertentu” yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.
Hadi mempersoalkan tawaran itu dengan berkata ia sepatutnya memberi “kelebihan kepada PAS” kerana parti itu mempunyai kerusi Parlimen lebih banyak daripada parti lain.
“Ada orang hubungi saya…beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.
“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia, seperti dipetik FMT. [MK]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun