Peguam Cadang Saman, Anwar Kata Tengok Dulu - Surat Hadi Awang | Malaysia News
February 18, 2025

Peguam Cadang Saman, Anwar kata tengok dulu – Surat Hadi Awang

Peguam Cadang Saman, Anwar kata tengok dulu – Surat Hadi Awang

Peguam Cadang Saman, Anwar kata tengok dulu – Surat Hadi Awang

Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini “tidak cenderung” untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang meskipun dinasihatkan peguam berbuat demikian.

Ia berhubung tuduhan Abdul Hadi yang mengaitkannya dengan pergerakan Freemason.

“Peguam ada cadangkan tetapi saya ini tak sangat cenderung setakat ini, kita tengok dahulu,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan warganet di media sosial berhubung tuduhan Abdul Hadi dalam satu surat yang dikirim pemimpin PAS itu kepada pemimin gerakan Islam.

Surat bertarikh 22 Mac dengan tajuk “Gerakan Islah Secara Aman, Bukan Rampasan Kuasa dan Revolusi” yang ditulis dalam bahasa Arab itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.

Surat yang dikatakan ditulis Abdul Hadi itu mengundang pelbagai kritikan kerana mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH) serta memburukkan Anwar, selain mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Pada 9 April lalu, Anwar turut menjelaskan maklumat yang dinyatakan dalam surat ditulis Abdul Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu tidak sahih.

Bersama paparan sekeping gambar, Anwar menunjukkan laman “Civil Service Lodge No.143” yang mempunyai kakitangan dengan nama yang sama dengannya, “w.bro Anwar Ibrahim.”

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki warga asing berbadan gempal, berpakain sut hitam bersama tiga orang rakannya, pada tahun 2006.

Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Anggota Parlimen Port Dickson menjelaskab bahawa beliau belum pernah berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atau bermain golf bersama bekas jawatan terbabit Barack Obama.

Katanya, kenalannya di AS hanyalah kawan-kawan lamanya.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan (Donald) Trump, saya tidak pernah main golf dengan (Barack) Obama.

“Kalau (Barack) Obama menyuarakan pandangan untuk saya keluar dari penjara, saya ucapkan terima kasih bahkan ada sahabat saya dari pemimpin Turki juga gesa perkara sama,” katanya lagi.

Dato Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan-soalan dari Netizen:

  1. Menteri hilang ketika Covid-19, sepatutnya mereka ini muncul dengan pelan strategic tersendiri dalam menghadapi situasi seperti ini dan datang dengan idea baru. Komen DS? (Shamsul Zuraini)
  2. Pandangan DS tentang pekerja seperti pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja sewaktu PH memerintah? (Khairul Rawi)
  3. Kenapa Tun M susah untuk serah kuasa kepada DS sebelum ini? (Khairul Azlan)
  4. Kes rasuah pemimpin sebelum ini kenapa ambil masa untuk puaskan kedalahan sedangkan bukti yang ada sudah jelas? (Azlan)
  5. Pandangan DS mengenai Konservatism dan Liberalism di negara kita, yang manakah lebih sesuai untuk memangkin keharmonian hidup bermasyarakat? (Tanaka Mustafa)
  6. Adakah DS akan ambil tindakan undang-undang terhadap Ustaz Hadi? (Jambu Barokah)
  7. DS, adakah peruntukan yang diguna kerajaan ketika ini hasil penjimatan kerajaan PH dahulu? (Russ Rashid)
  8. Tidak ramai pemimpin melayu yang angkat puisi melayu seperti DS, komen DS? (Zawawi Mughni)
  9. Komen DS mengenai pengumuman kerajaan yang membenarkan kedai gunting rambut dan kedai dobi (bukan layan diri) beroperasi semula?
  10. Ada pihak menularkan/ viral gambar DS sewaktu majlis ulangtahun 150 tahun Mahatma Gandhi di Kuala Lumpur sewaktu PRK PD lalu. Mereka mengatakan perbuatan DS menghormati/ puja gambar orang mati sebagai haram, Komen DS?
Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply