Prosiding kes rasuah projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid bernilai RM1.25 bilion yang membabitkan Datin Rosmah Seri Mansor ditangguhkan hari ini.
Ini kerana peguam bela, Datuk Akberdin Abdullah tidak berapa sihat dan tidak boleh ābercakapā pada prosidng yang memasuki hari ke-18.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, Akberdin sepatutnya meneruskan pemeriksaan balas saksi ke-15 namun keadaan kesihatannta tidak mengizinkan, maka prosiding terpaksa ditangguh.
āKita tidak bantah permintaan penangguhan tadi kerana peguam bela yang sepatutnya melakukan pemeriksaan balas tidak berapa sihat. Katanya tidak sihat dan tidak ābolehā bercakap hari ini.
āJika itu isunya, kita juga tidak boleh buat apa-apa. Kadang-kadang ini memang penyakit biasa, semua peguam akan ada masalah ini (dalam nada bergurau sambil tersenyum).
āKes ditangguh sehingga 3 Ogos depan,ā katanya selepas pertemuan dalam kamar antara pasukan pendakwaan dan pembelaan dengan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan hari ini.
Sri Ram juga sempat mengingatkan wartawan supaya melaporkan berita secara terus tanpa menokok tambah.
Rosmah berdepan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings,Ā Saidi Abang Samsudin bagi pemasangan tenaga solar.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Rosmah sepatutnya dibicarakan bersama pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor yang menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah berhubung projek berkenaan.
Namun pada 8 Januari lepas mahkamah melepas dan membebaskan Rizal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan.
Semalam saksi ke-15, Rayyan Radzwill Abdullah juga merupakan rakan kongsi Saidi mengaku Rosmah tidak pernah membuka mulutnya meminta sumbangan politik mahupun menetapkan peratusan jika syarikat itu mendapat projek tenaga solar itu secara rundingan terus.
Rayyan berkata, pada awalnya ketika Saidi dan beliau cuba meminta bantuan Rizal, mereka diberitahu Rosmah tidak akan membantu mendapatkan sokongan bagi projek kerajaan.
Rayyan juga menyebut Rizal yang pertama kali menyebut tentang sumbangan politik atau āpolitical donationā antara 10 hingga 15 peratus untuk diberikan kepada Rosmah selepas Jepak Holdings mendapat projek solar bernilai RM1.25 bilion itu.
Daripada jumlah itu, Rayyan juga mendedahkan jumlah yang dipersetujui untuk diberikan kepada Rosmah ialah RM187.5 juta manakala Rizal pula didakwa telah meminta komisyen sebanyak RM5 juta untuk lima tahun.
Bagaimanapun, daripada jumlah itu, Rayyan mendakwa Saidi telah membayar sebanyak RM6.5 juta kepada Rosmah dalam dua bayaran manakala Rizal pula sebanyak RM500,000.
Rayyan juga mendakwa beliau telah dibayar sebanyak RM1 juta manakala RM10 juta lagi telah dijanjikan oleh Saidi namun tidak pernah memperolehinya sehingga kini.
Jepak Holdings didakwa telah menerima bayaran pertama untuk projek solar dan penyelenggaraan set generator disel bernilai kira-kira RM63 juta tiga tahun lalu.
Author Profile
Latest entries
National2021.08.25Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
National2021.08.25Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
National2021.08.25Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi āAbang Longā
Politik2021.08.25Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri