Pemilihan PKR 2022 di Kelantan lancar
Pemilihan PKR 2022 di Kelantan lancar
Proses pengundian semula secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2022 melibatkan cabang Tumpat, Ketereh, Bachok, Pengkalan Chepa, Gua Musang dan Tanah Merah berlangsung dengan lancar dan selesai tepat lima petang ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Mohd Supardi Md Noor berkata berkata ahli parti di keenam-enam cabang tersebut tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab mereka biarpun perlu melakukan pengundian semula berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
“Proses pengundian diadakan bermula sembilan pagi dan selesai pada lima petang. Proses pengundian berjalan lancar, tenang serta tiada banyak masalah yang timbul,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Proses pengundian di Kelantan telah diadakan pada 13 Mei lepas, namun JPP memaklumkan undian semula terpaksa dilakukan disebabkan beberapa masalah termasuk isu teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.
Susulan itu tarikh keputusan tidak rasmi pemilihan jawatan tertinggi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta cabang turut dipinda dan tarikhnya akan dipaparkan di laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022 Ahad ini.
Tarikh pencalonan bagi pemilihan 20 Ahli MPP, Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Majlis Pimpinan Wanita turut dipinda pada Ahad. [Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalJanuary 21, 2024Mirzan Mahathir dipanggil SPRM, Betamek terus beroperasi
- Top IssuesJanuary 20, 2024Lim Kit Siang: Adakah Mahathir nak kata Samy Vellu tak setia?
- TokohJanuary 20, 2024PM Anwar: Bukan senang mahu siasat Tun
- TokohJanuary 19, 2024YDPA berkenan rasmi lokasi Temerloh titik tengah Semenanjung