Pendedahan Tajuddin Bukti Anwar Ibrahim Ada Majoriti - Shamsul | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652
Shamsul Islandar Md Akin

Pendedahan Tajuddin bukti Anwar Ibrahim ada majoriti – Shamsul

Pendedahan bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman membuktikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk dilantik sebagai perdana menteri pada 2020.

Ketua Penerangan PKR, Shamsul Islandar Md Akin, berkata ia juga turut mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018 yang telah dirampas melalui “Langkah Sheraton”.

“Kenyataan beliau hari ini juga menjelaskan bahawa memang benar PH dan Anwar mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui langkah Sheraton.

“Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September 2020 telah pun terjawab dengan sendirinya,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Terdahulu, dalam sidang medianya hari ini, Tajuddin mendakwa memang wujud akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Tajuddin berkata dia adalah saksi hidup yang pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti itu.

“Jajaran baru… saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Untuk rekod, krisis politik yang dikenali sebagai Langkah Sheraton pada Feb 2020 menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang apabila beberapa ahli parlimen PKR berpaling tadah dan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin keluar daripada kerajaan.

Kemelut politik itu akhirnya menyaksikan Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Mahathir Mohamad.

Pada 23 Sept tahun yang sama Anwar mengadakan sidang media tergempar dan mendakwa dia mempunyai jumlah sokongan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi perdana menteri baru menggantikan Muhyiddin.

Anwar diperkenan mengadap Agong pada 13 Okt 2020 dan mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti anggota parlimen.

Namun usaha itu gagal apabila Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Anwar tidak mempersembahkan senarai nama ahli parlimen berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rengas, Nazri Aziz hari ini berkata sokongan melantik Anwar sebagai perdana menteri melalui akuan bersumpah (SD) ditandatangani beberapa pemimpin Umno sebanyak dua kali.

Kali pertama, kata Nazri adalah ketika krisis pentadbiran semasa kepimpinan Mahathir dan kali kedua ketika pentadbiran Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata Tajuddin juga membuktikan pengkhianatan dan agenda peribadi telah pun menggagalkan usaha dan ikhtiar untuk merampas semula Putrajaya.

“Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pimpinan yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan.

“Mereka mesti mempunyai hari mereka di mahkamah kerana undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil jalannya,” katanya. [MK]

Facebook Comments