Siapa Pembocor Data Peribadi Rakyat Malaysia? | Malaysia News

Siapa pembocor data peribadi rakyat Malaysia?

Siapa pembocor data peribadi rakyat Malaysia?

Siapa pembocor data peribadi rakyat Malaysia?

Menteri tolak tuduhan ‘orang dalam’ JPN jual data peribadi rakyat Malaysia, dedah kemungkinan diperoleh daripada pelbagai sumber lain

Kuala Lumpur – Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dengan mengehadkan hanya 44 agensi berkaitan kerajaan yang boleh mengakses data peribadi rakyat Malaysia menerusi pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan dibuat selepas KDN mengenal pasti beberapa pihak yang sebelum ini mempunyai akses kepada pangkalan data milik JPN dan bertindak menjual data peribadi 22 juta rakyat Malaysia di sesawang forum pasaran teknologi Lowyat.net dengan harga AS$10,000 (RM43,870) baru-baru ini.

Data peribadi yang bocor itu berkemungkinan diperoleh daripada pelbagai sumber lain, antaranya laman sosial, syarikat telekomunikasi, institusi kewangan dan agensi kerajaan lain termasuk pejabat tanah dan galian sebelum dijual di pasaran gelapPendedahan Hamzah itu sekali gus menafikan bahawa ‘orang dalam’ JPN bertanggungjawab terhadap penjualan data peribadi tersebut.

“Masalah kita sekarang ini adalah terdapat terlalu banyak agensi diberikan akses kepada data peribadi rakyat oleh JPN secara ‘online’.

“Ketika ini terdapat 44 agensi diberikan akses data peribadi oleh JPN termasuklah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya.

“Malah, sebelum ini lebih banyak agensi diberikan aksesnya, namun selepas berlaku kebocoran data, maka JPN mengehadkan kepada hanya 44 agensi sahaja sekarang ini,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Premium baru-baru ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya akan menarik balik kemudahan akses kepada agensi tertentu ekoran kebocoran data itu.

“Kalau kita tengok watermark, kita dapat kenal pasti agensi mana yang membocorkan data berkenaan.

“Berikutan itu, kita akan kaji dan hanya memberi keutamaan kepada beberapa agensi penting sahaja untuk mendapatkan akses ke pangkalan data JPN selepas ini,” kata Hamzah.

Sebelum ini media melaporkan data peribadi rakyat Malaysia didakwa dijual dengan harga USD10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data. Laman sesawang teknologi Lowyat.net menunjukkan set data JPN yang mengandungi maklumat seluruh populasi 22 juta rakyat Malaysia dijual pada harga tersebut.

Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.

Ia bukan dakwaan baharu kerana tahun lalu, JPN turut mengesahkan menerima laporan berhubung penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum dalam talian terkenal. [SH]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply