Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai 2022

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai 2022
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman sebentar tadi, selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan malam ini. [AA]
Author Profile

Latest entries
Top NewsNovember 8, 2023Sejak 7 Okt lebih 3,257 kanak-kanak Palestin terbunuh
TokohMay 29, 2023PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
NationalMay 28, 2023Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top IssuesMay 27, 2023Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar