Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap Meta di Washington

Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap Meta di Washington
WASHINGTON – Perbicaraan terhadap syarikat Amerika Syarikat (AS) Meta dijadualkan bermula di Washington pada Isnin berhubung dakwaan monopoli haram gergasi teknologi itu terhadap platform media sosial, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS (FTC) bagi pihak kerajaan AS menuduh Meta membeli platform Instagram dan WhatsApp untuk menghapuskan persaingan.
Badan pemantau antimonopoli atau antitrust menuntut akibat bagi syarikat media sosial itu, termasuk pembatalan pengambilalihan itu.
Meta, yang juga memiliki Facebook, menolak tuduhan itu dengan alasan persaingan sengit dengan platform lain seperti TikTok.
Tuntutan mahkamah yang difailkan pada 2020 itu boleh berlanjutan selama bertahun-tahun, terutamanya memandangkan kemungkinan rayuan daripada mana-mana pihak.
Meta membeli Instagram pada 2012 dengan harga sekitar US$1 bilion dan WhatsApp pada 2014 dengan harga sekitar US$22 bilion, dengan FTC meluluskan pengambilalihan berkenaan. Sejak itu, Instagram menjadi antara penyumbang utama pendatapan Meta.
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia
IT & Social MediaApril 15, 2025Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap Meta di Washington