Perdana Menteri Ismail Sabri Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah Kabinet | Malaysia News
Ismail Sabri_PM-ke-9

Perdana Menteri Ismail Sabri tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet

Kuala Lumpur, MTN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

“Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” memetik kenyataan itu.

Advertisement

Istiadat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dijadual berlangsung jam 2.30 petang ini di Istana Negara.

Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet baharu beliau pada 27 Ogos lalu.

Selain pulang ke kampung halaman di Temerloh pada hujung minggu lalu, beliau turut menghadiri program 1 juta dos vaksin COVID-19 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara, pada Ahad. [AA]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •