PH Akan Bertanding 56 Kerusi DUN - PRN Johor | Malaysia News

PH akan bertanding 56 kerusi DUN – PRN Johor

PRN Johor - Anwar Ibrahim - PKR - PH

PH akan bertanding 56 kerusi DUN – PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Perkara itu dimakluman Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Jelasnya, PH membuka ruang kepada semua parti pembangkang untuk bertanding di bawah PH bagi menentang UMNO dan Perikatan Nasional (PN).

“Ada beberapa persetujuan awal, kita akan membuka ruang merangkul semua kekuatan pembangkang dan society untuk pastikan ada perubahan.

“Kalau ada sedikit-sedikit keretakan tidak akan membantu.. jadi kita kena ada satu suara, satu strategi untuk memastikan kerajaan UMNO dan PN ini dikalahkan, bermula di Johor,” jelasnya ketika ditemui selepas mesyuarat PH di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Tambahnya, keputusan sama ada PH akan mengunakan logo PKR atau sebaliknya akan dimuktamadkan dalam tempoh dua hari lagi.

“Logo kita juga ada zahirkan tadi. Berdasarkan pengalaman, akar umbi terhadap Keadilan itu agak kuat, logo Keadilan digunakan.

“Tapi pandangan kawan-kawan lain merasakan lebih sesuai (logo) Pakatan Harapan digunakan, jadi kita akan muktamadkan dua hari lagi,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara parti politik di bawah PH, jelasnya perkara itu diserahkan kepada pimpinan PH Negeri Johor untuk menentukannya.

“Pembahagian kerusi kita serah kepada (PH) Johor, kira ada beri pemakluman. Dia (PH Johor) akan laporkan dekat kita, ya 56 kerusi,” jelas Anwar lagi.

Tambah Anwar, strategi mengumpulkan semua parti pembangkang itu adalah untuk membawa perubahan di negeri Johor.

“Semua pembangkang bermakna Pejuang, Warisan dan Muda dan civil society yang lain, strategi kita mesti merangkul semua pembangkang.

“Walaupun ada beberapa perbedaan pendapat lain, tapi sekurang-kurangnya ada satu pendapat yang sama iaitu bawa perubahan, menolak rasuah, penyelewengan dan menjadikan wadah yang boleh memperjuangkan aspirasi rakyat,” jelasnya lagi. [AA]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply